Scroll to top
Gerak Angin
The Malaysian Virtual Arts Festival
Get in touch
info@gerakangin.com
THEATRE
September 21, 2020

Persatuan Seniman Teater & Teknikal Pentas Perak (STEPS)

Persatuan Seniman Teater & Teknikal Pentas Perak atau STEPS adalah merupakan sebuah persatuan kesenian dan kebudayaan yang telah ditubuhkan secara rasminya dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (R.O.S.) pada Januari 2014 yang berstatus negeri. Tujuan penubuhan ini kerana menggantikan Persatuan Kesenian Sanggar Teras Pusaka Perak (STEP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang sudah dibatalkan. 

STEPS yang menjuruskan dalam kesenian dan kebudayaan seperti teater, muzik, dan teknikal (artistik) pentas serta bidang seni berkaitan yang bermatlamat untuk menggalakkan, mengembang dan memajukan kesenian dan kebudayaan melalui persembahan, penyelidikan, pendidikan, pertandingan, seminar dan kemudahan bagi kepentingan dan kemajuan kesenian dan kebudayaan di seluruh Perak dan juga Malaysia.

Selain itu, dalam merangka matlamat jangka panjangnya, STEPS merancang dan menyelaras projek atau aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi penggiat, peminat dan masyarakat di seluruh Perak serta Malaysia dalam mencetuskan pemahaman seni secara jasmaniah dan intuisional. Dan sebahagiannya juga adalah latihan dan bimbingan kepada penggiat dan generasi muda yang berminat dalam bidang seni supaya menjadi golongan pelapis seni yang mempunyai aspirasi seni yang telus, berilmu, berkemahiran dan dapat memelihara serta mengembangkan seni dan budaya negara. 

Repertoire:

Writer/Director, Ard Omar from STEPS brings you the powerful drama “Sugeh” inspired by the Javanese philosophy from RMP Sosrokartono’s “Sugeh Tanpo Bondo” with original music by Sujiwo Tejo

THEATRE  NewWork

STEPS Writer/Director Ard Omar’s “Sugeh” revolves around the father-daughter conflict of tradition, heritage and today’s modern world.  Omar plays the part of a “Tok Dalang” (Shadow Master of Wayang Kulit) frustrated with his  unattentive pupil, his daughter who he pushes hard to entrench the rules of the ancient Malay arts – silat, wayang kulit, topeng – but to no avail. A powerful drama sensitively contemporized against a poignant music and song backdrop.

Facebook

  • Show Date:

    September 21, 2020